"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat". - Joseph Conrad
Hasil Pembelajaran:Di akhir proses pengajaran, diharapkan pelajar-pelajar akan dapat:
1.a.Melukis pelan bagi sesuatu pepejal
b.Melukis
i.Dongakan depan
ii.Dongakan sisi
bagi sesuatu pepejal
2.a.Melukis
i.Pelan
ii.Dongakan depan
iii.Dongakan sisi
Bagi suatu pepejal mengikut skala tertentu
3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pelan dan dongakan
Pengetahuan Sedia Ada:Pelajar-pelajar telah belajar mengenai :
a)Bentuk-bentuk asas pepejal geometri.
b)Pengukuran asas garisan dan sudut.
c)Mengira parameter, luas dan isipadu.
.
ABM:Kertas mahjong, kertas A4 dan kertas soalan.
Nilai-nilai murni:Jujur, berdisiplin,berani,bekerjasama,menghormati pandangan orang lain,berkeyakinan,
tidak mudah putus asa,rajin dan mempunyai semangat berkumpulan.
KBKK: Kreatif dan dapat membentuk gambaran awal. Berkebolehan untuk memahami konsep dan menyenaraikan idea-idea yang berkaitan dengannya. Memahami mengapakah sesuatu itu berlaku berdasarkan pemikiran yang logik.
Strategi:Menggunakan diagram iaitu guru akan melukis bentuk pepejal geometri di kertas mahjong dan menyelesaikan masalah dengan melukis pelan dan dongakan di papan putih.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Strategi / Kaedah/ABM/Nilai/ KBKK
Set induksi
( 5 minit )
Permulaan
Guru mengedarkan kertas A4 dan pelajar di kehendaki menyediakan pen.
Guru menyuruh pelajar melukis objek pepejal yang mereka suka daripada pandangan hadapan dengan saiz besar (penuh kertas A4).
Guru memilih secara rawak seorang pelajar yang melukis objek pepejal daripada pandangan hadapan dan mempamerkannya di hadapan
Memberi tepukan dan memuji pelajar kerana berani kehadapan.
Pelajar mengambil kertas A4 yang diberi oleh guru dan menyediakan pen.
Pelajar melukis objek pepejal yang mereka suka daripada pandangan hadapan dengan menggunakan kertas A4 seperti yang disuruh oleh guru.
Seorang pelajar kehadapan umtuk menunjukkan lukisan yang dilukis.
Pendekatan: Berpusatkan pelajar dan bahan.
Kaedah: Konstruktivisme
ABM: Kertas A4
Nilai : Bekerjasama, patuh arahan dan berkeyakinan.
KBKK:.Kebolehan untuk brfikir secara kreatif dengan melukis.
Langkah 1
(13 minit)
Konsep pelan dan dongakan.
Melukis pelan dan dongakan.
Melukis pelan dan dongakan mengikut skala.
Guru menerangkan konsep pelan dan dongakan.
Guru menerangkan bagaimana melukis pelan dan dongakan bagi sesuatu pepejal.
Guru menerangkan bagaimana melukis pelan dan dongakan bagi sesuatu pepejal mengikut skala.
Pelajar mendengar dengan teliti penerangan guru.
Para pelajar cuba untuk memberi idea tentang bagaimana untuk melukis pelan dan dongakan.
Pelajar menilai semula idea mereka dan mereka digalakkan untuk bertanya jika terdapat kemusykilan.
Pendekatan:Berpusatkan guru dan pelajar
Kaedah : Konstruktivisme
ABM: Power point, kertas mahjong
Nilai : menghormati pandangan orang lain, berkeyakinan, semangat berkumpulan
KBKK: kebolehan untuk memahami konsep danmenerangkannya dalam bentuk lukisan.
Langkah 2
(10 minit)
Penyelesaian masalah melibatkan pelan dan dongakan.
Guru menerangkan bagaimana menyelesaikan masalah yang melibatkan pelan dan dongakan di papan putih dengan menggunakn marker.
Guru akan bertanya soalan kepada wakil pelajar tentang pengetahuan sedia ada pelajar.
Guru menggalakkan pelajar bertanya jika terdapat kemusykilan.
Pelajar-pelajar mendengar dengan teliti apa yang guru sampaikan
Wakil pelajar dikehendaki menjawab soalan guru dan
semasa guru memberi penerangan para pelajar hendaklah membina kefahaman mereka tentang perkaitan atau kesinambungan topik yang diajar.
Pelajar yang mempunyai kemusykilan akan bertanya kepada guru.
Pendekatan : Berpusatkan guru dan pelajar
Kaedah: Induktif dan kolaboratif
ABM: Power Point,
Kertas Mahjong
Nilai : Berdisiplin, rajin,semangat berkumpulan,jujur,berani
KBKK:berfikir dan membentuk kefahaman.
Langkah 3
( 10 minit )
Latihan dalam kumpulan
Guru mengarahkan pelajar membentuk 5 kumpulan.
Guru mengedarkan soalan, kertas mahjong dan marker kepada setiap kumpulan.
Guru mengarahkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan.
Guru menyuruh setiap kumpulan menampal kertas mahjong di papan putih.
Guru menyuruh setiap wakil kumpulan menerangkan jawapan betul yang dibuat di papan putih dan guru akan membetulkan jawapan yang salah.
Pelajar membentuk 5 kumpulan.
Setiap kumpulan pelajar menerima satu kertas soalan, kertas mahjong dan marker.
Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menyelesaikan soalan tersebut dan mereka akan bekerja dengan aktif, kemas dan tepat.
Wakil s Pelajar-pelajar akan bekerja dengan aktif serta kemas dan tepat.
Selepas siap hasil kerja kumpulan, para pelajar akan menampalkannya di papan putih dan wakil pelajar setiap kumpulan dikehendaki menerangkan jalan kerja dan jawapan yang dibuat dan wakil pelajar tersebut akan membetulkan kesilapan yang dilakukan apabila ditegur oleh guru.
Pendekatan: berpusatkan guru dan murid
Kaedah: Kooperatif
ABM: Kertas Mahjong, kertas soalan dan marker.
Nilai: semangat berkumpulan,berkeyakinan,rajin, berdisiplin, dan jujur.
KBKK: dapat berfikiran kreatif dalam menghasilkan kerja yang tepat dan kemas.
Langkah 4
( 2 minit)
Rumusan
Guru memberi penerangan serta menyimpulkan secara menyeluruh tentang pelan dan dongakan yang baru dipelajari.
Guru meminta seorang pelajar menyatakan kembali apa yang telah dipelajari.
Para pelajar mendengar kesimpulan guru dengan teliti.
Seorang pelajar secara sukarela menyatakan kembali apa yang telah dipelajari pada hari ini secara ringkas.
Pendekatan: berpusatkan guru dan pelajar.
Kaedah: perbincangan kumpulan
Nilai: semangat,rajin,
berkumpulan,
berkeyakinan,berdisiplin, dan menghormati pandangan orang lain.
KBKK: dapat membuat kesimpulan berdasarkan suatu pengalaman pembelajaran.
Group members :(AT 08)
MOHAMMAD HAFFIZALMI MAT NOOR,
MOHD REZDHUWAN SUHAIMI,
MOHD NOORASAARI BASRI,
NORHALIDA ABD RAHIM,
NURUL' AIN MOHAMAD YUNOS,
SITI NOORSHA A NAINA MOHAMED,
UMI HARYANI MD YUNUS.