Recent twitter entries...

LV1 : LESSON PLAN : PLAN AND ELEVATIONS

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : Matematik Moden

Tarikh/ Hari :

Tingkatan : Tingkatan 5 Cemerlang

Bilangan Pelajar : 30 orang

Kategori/ Tahap Pelajar : Sederhana

Masa :

Tajuk : Pelan dan Dongakan

Hasil Pembelajaran : Di akhir proses pengajaran, diharapkan pelajar-pelajar akan dapat:

1. a. Melukis pelan bagi sesuatu pepejal

b. Melukis

i. Dongakan depan

ii. Dongakan sisi

bagi sesuatu pepejal

2. a. Melukis

i. Pelan

ii. Dongakan depan

iii. Dongakan sisi

Bagi suatu pepejal mengikut skala tertentu

3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pelan dan dongakan

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar-pelajar telah belajar mengenai :

a) Bentuk-bentuk asas pepejal geometri.

b) Pengukuran asas garisan dan sudut.

c) Mengira parameter, luas dan isipadu.

.

ABM : Kertas mahjong, kertas A4 dan kertas soalan.

Nilai-nilai murni : Jujur, berdisiplin,berani,bekerjasama,menghormati pandangan orang lain,berkeyakinan,

tidak mudah putus asa,rajin dan mempunyai semangat berkumpulan.

KBKK : Kreatif dan dapat membentuk gambaran awal. Berkebolehan untuk memahami konsep dan menyenaraikan idea-idea yang berkaitan dengannya. Memahami mengapakah sesuatu itu berlaku berdasarkan pemikiran yang logik.

Strategi : Menggunakan diagram iaitu guru akan melukis bentuk pepejal geometri di kertas mahjong dan menyelesaikan masalah dengan melukis pelan dan dongakan di papan putih.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah / Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Strategi / Kaedah/ABM/Nilai/ KBKK

Set induksi

( 5 minit )

Permulaan

Guru mengedarkan kertas A4 dan pelajar di kehendaki menyediakan pen.

Guru menyuruh pelajar melukis objek pepejal yang mereka suka daripada pandangan hadapan dengan saiz besar (penuh kertas A4).

Guru memilih secara rawak seorang pelajar yang melukis objek pepejal daripada pandangan hadapan dan mempamerkannya di hadapan

Memberi tepukan dan memuji pelajar kerana berani kehadapan.

Pelajar mengambil kertas A4 yang diberi oleh guru dan menyediakan pen.

Pelajar melukis objek pepejal yang mereka suka daripada pandangan hadapan dengan menggunakan kertas A4 seperti yang disuruh oleh guru.

Seorang pelajar kehadapan umtuk menunjukkan lukisan yang dilukis.

Pendekatan: Berpusatkan pelajar dan bahan.

Kaedah: Konstruktivisme

ABM: Kertas A4

Nilai : Bekerjasama, patuh arahan dan berkeyakinan.

KBKK:.Kebolehan untuk brfikir secara kreatif dengan melukis.

Langkah 1

(13 minit)

Konsep pelan dan dongakan.

Melukis pelan dan dongakan.

Melukis pelan dan dongakan mengikut skala.

Guru menerangkan konsep pelan dan dongakan.

Guru menerangkan bagaimana melukis pelan dan dongakan bagi sesuatu pepejal.

Guru menerangkan bagaimana melukis pelan dan dongakan bagi sesuatu pepejal mengikut skala.

Pelajar mendengar dengan teliti penerangan guru.

Para pelajar cuba untuk memberi idea tentang bagaimana untuk melukis pelan dan dongakan.

Pelajar menilai semula idea mereka dan mereka digalakkan untuk bertanya jika terdapat kemusykilan.

Pendekatan:Berpusatkan guru dan pelajar

Kaedah : Konstruktivisme

ABM: Power point, kertas mahjong

Nilai : menghormati pandangan orang lain, berkeyakinan, semangat berkumpulan

KBKK: kebolehan untuk memahami konsep dan menerangkannya dalam bentuk lukisan.

Langkah 2

(10 minit)

Penyelesaian masalah melibatkan pelan dan dongakan.

Guru menerangkan bagaimana menyelesaikan masalah yang melibatkan pelan dan dongakan di papan putih dengan menggunakn marker.

Guru akan bertanya soalan kepada wakil pelajar tentang pengetahuan sedia ada pelajar.

Guru menggalakkan pelajar bertanya jika terdapat kemusykilan.

Pelajar-pelajar mendengar dengan teliti apa yang guru sampaikan

Wakil pelajar dikehendaki menjawab soalan guru dan

semasa guru memberi penerangan para pelajar hendaklah membina kefahaman mereka tentang perkaitan atau kesinambungan topik yang diajar.

Pelajar yang mempunyai kemusykilan akan bertanya kepada guru.

Pendekatan : Berpusatkan guru dan pelajar

Kaedah: Induktif dan kolaboratif

ABM: Power Point,

Kertas Mahjong

Nilai : Berdisiplin, rajin,semangat berkumpulan,jujur,berani

KBKK:berfikir dan membentuk kefahaman.

Langkah 3

( 10 minit )

Latihan dalam kumpulan

Guru mengarahkan pelajar membentuk 5 kumpulan.

Guru mengedarkan soalan, kertas mahjong dan marker kepada setiap kumpulan.

Guru mengarahkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan.

Guru menyuruh setiap kumpulan menampal kertas mahjong di papan putih.

Guru menyuruh setiap wakil kumpulan menerangkan jawapan betul yang dibuat di papan putih dan guru akan membetulkan jawapan yang salah.

Pelajar membentuk 5 kumpulan.

Setiap kumpulan pelajar menerima satu kertas soalan, kertas mahjong dan marker.

Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menyelesaikan soalan tersebut dan mereka akan bekerja dengan aktif, kemas dan tepat.

Wakil s Pelajar-pelajar akan bekerja dengan aktif serta kemas dan tepat.

Selepas siap hasil kerja kumpulan, para pelajar akan menampalkannya di papan putih dan wakil pelajar setiap kumpulan dikehendaki menerangkan jalan kerja dan jawapan yang dibuat dan wakil pelajar tersebut akan membetulkan kesilapan yang dilakukan apabila ditegur oleh guru.

Pendekatan: berpusatkan guru dan murid

Kaedah: Kooperatif

ABM: Kertas Mahjong, kertas soalan dan marker.

Nilai: semangat berkumpulan,berkeyakinan,rajin, berdisiplin, dan jujur.

KBKK: dapat berfikiran kreatif dalam menghasilkan kerja yang tepat dan kemas.

Langkah 4

( 2 minit)

Rumusan

Guru memberi penerangan serta menyimpulkan secara menyeluruh tentang pelan dan dongakan yang baru dipelajari.

Guru meminta seorang pelajar menyatakan kembali apa yang telah dipelajari.

Para pelajar mendengar kesimpulan guru dengan teliti.

Seorang pelajar secara sukarela menyatakan kembali apa yang telah dipelajari pada hari ini secara ringkas.

Pendekatan: berpusatkan guru dan pelajar.

Kaedah: perbincangan kumpulan

Nilai: semangat,rajin,

berkumpulan,

berkeyakinan,berdisiplin, dan menghormati pandangan orang lain.

KBKK: dapat membuat kesimpulan berdasarkan suatu pengalaman pembelajaran.

Comments (2)

Most of them is good, i hope u can improve that again. Thanks.

Yong Fock Tong
D20061026896

if can it in powerpoint like the others group did.. so that the relationship will be more clearer.. good luck for the presentation.. Chiu Yiew Kian (D027560)